aku memang nak sangat kahwin dekat dewan,
macam dewan bankuet mbsa tu ke..tapi parents tak bagi, and diorang mahu di rumah jugak.
here are some of my concern dewan over rumah.
DEWAN
1. beraircond. paling penting, taklah aku masam aje nanti.
2. majlis nampak tersusun and kemas.
3. kalau hujan bagai-bagai kenduri tak effect.
4. ada dewan yang dah siap sound system.
5. bole buat slideshow... beshnyeee...
6. nak pasang red carpet pun senang
7. yang paling penting, lepas majlis tak payah pikir macam mana nak kemas dah
RUMAH
1. lebih meriah. saudara mara ada tempat melepak.
2. lebih mahal, sebab khemah sahaja minima 3k. tu pun dah habis cut budget. belum masuk sound system lagi...
3. concept majlis lebih santai.
4. rumah berselerak selepas majlis.
5. terdedah kepada kemungkinan dimasuki pencuri ketika majlis.
6.kepenatan yang berganda, before and after majlis
7. cuaca yang tak menentu. kalau panas takpe, kalau hujann??
Hari tu message mak, mak betul ke nak buat dekat rumah. nanti sepah..
Mak reply, takpe kita upah orang kemas...Cuba lagii.....
Pagi semalam message ayah, dewan komuniti bukit damansara sewa
rm800 aje.
dengan harapan dia paham yang memang aku ni berharap dapat kahwin dekat dewan. dia reply ringkas aje..
jauh.huwaaaaaaa....
hari tu pernah berbual dengan Ayah, entah kenapa dia asyik ingat aku akan nikah dekat Masjid aje..aku ingatkan aku nikah dekat rumah, bukan ek?
dua abang atas aku nikah di masjid...so memang tak tau boleh ke nikah kat rumah. i mean, memang boleh la kan.. tapi macam mana ek?jurunikah nak layan ke nikah dekat rumah kalau hari tu dia ada banyak majlis.
kompius..
sesiapa yang tau, sudi-sudi share ye.