Pages

Khasiat Susu Kambing

Daisypath Anniversary tickers

click pada iklan nuffnang saya kawan-kawan~

Thank You!

Hyee korang,

Thanx for reading my blog. From now onwards, all the post akan di schedule and di-auto publish kan bagi mengelakkan keciciran info.

Kalau ada comment yang tak berbalas, akan dibalas bila im back online.

Please acknowledge my photo if you plan to use it in your blog or etc.

Thanx again.

Monday, April 14, 2014

cara rancang kehamilan

Lately selalu google pasal baby planning. In sha Allah, kalau ada rezeki lagi kan. why not, reyhana baby pun dah 2 tahun lebih and most of the time dia lonely sebab takde kawan sebaya.kesian kan?

bila pergi rumah cousin dia je menangis tamo balik.....

huwaaaaa... mak dia pose serba salah. sometime reyhana baby tanya, mana adik? grrrrrrrr... x reti mama nak jawab. in sha Allah ada rezeki nanti ada ye reyhana, sementare ni tumpang dulu adik cousin2 bole?

ok, since reyhana dulu born tanpa sempat kami merancang, alhamdulillah rezeki. so aku before ni x banyak baca erti kata lain xtau sangat. so untuk anak kedua ni adalah sikit2 cari-cari info,

yang paling bestnya aku jumpa kalkulor ni. mungkin ada banyak dah yang lain, tapi utk aku yang ni paling senang paham, and dia kirakan 3 bulan sekaligus. best kan. easyyyy keje!

Ok yang ni contoh aku print screen, bukan cycle aku ok? pfffft.

just masukkan 3 benda penting ni je,
1. Hari Pertama Haid Terakhir
2. Interval period
3. Masa haid

Then jadual mcm bawah ni siap, senang untuk kita-kita yang suka cara mudah. cumanya WAJIB TAU la 3 point dkt atas tu.

nanti akan keluarlah bila conception baby girl/ boy.

okay, apa yang buat aku rasa macam betul je. macam betul je. sebab saje tengok time reyhana dulu macam betul.

macam malu pun ada post cmni, tapi takpelah. harap dpt memberi manfaat.

boleh pergi dkt sini ye utk kira korang punya:

http://ibuhamil.com/kalkulator-masa-subur.php





Tuesday, January 28, 2014

Hiiiiiiiiii

Blog ni dah lama tak maintain, and baru perasan all my blog list time kahwin dulu dah hilang..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

pastu macam teringat theres one time blog aku kena hack, and could be masa nak betulkan tu aku terbuang blog list aku. sobbbsss...

kawan-kawan lama, baru... kalau sudi exchange link bole letak komen sini ye.

tq :)



Wednesday, January 8, 2014

Bedtime Stories

Fuhhhhhh...fuhhhhhh! Blog aku ni tahap bersawang dia memang tiup sampai nangis pun takkan bersih.. guna vacum pun mmg kena pakai yg ada air filter sekali...huwaaaa teruks! Sangat lama ditinggalkan....

Dah lama tak menulis dekat sini, sebab memang blur tak tau nak tulis apa. And lately rasa rindu, bila baca balik post lama-lama..

wahhh...aku ke yang tulis dulu ni. oh so memory sangat-sangat okay.

macam in the end aku rasa, i need a place actually to store all the good2 memories...

yang tak good2 tak nak simpan, ambil pengajaran aje cukup!

lately both of us, me and Reyhana start picking up new habit - bedtime stories.

previously, memang dia type tidur lewat.. by 12.00 midnite selalunya, ikut macam mak dia lah kan.Huhu. Tiba-tiba aku dapat kesedaran sikit, and fikir i really need to change her biological clock from now. Besok dah masuk tadika haaa ko tak bole bangun pagi!

takkan hari-hari nak MC (oppppps!)

My idea is to change her habit slowly, biasalah dengan budak-budak tak boleh nak force, dorang pun perlu time to adapt kan.

So sekarang ni by 10.30 both of us akan naik tidur! Selepas habis semua drama melayu aku khatam dekat tv tu, kitorang naik tidur! Which actually xlah tidur terus, ada bedtime stories dengan dia dulu.

As a working mother, dalam banyak-banyak activity with Reyhana, bedtime stories is most enjoyable. sebab boleh baring! hahahah...tu je sebab dia...

so last night, dia punggah buku-buku dia tu naik. Terbeliak bijik mata tengok, sampai 3 buku dia bawak. Wah wah wah! Mujur 1 buku 4 mukasurat, layanssss jela.

Then penggembaraan bermula... (eh!)

Buku Reyhana basically buku bergambar, gambar-gambar haiwan gitu..so aku pun akan introduce satu-satu ni binatang apa..ni binatang apa... then memang tunggu dia ikut sebutlah kan. Part ni part paling aku suka, sebab tengok muka dia termenung panjang and lidah gaya-gaya terbelit nak menyebut.

Pengarang ni pun, ada pulak letak nama haiwan tu Konkikotki << contohhh!!

Haaaa...tak nangis Reyhana nak sebut. Dengan mak dia pun lidah terbelit...

Jangankan nama di atas, nak sebut Koala pun Reyhana terbelit-belit. Takpe sayangggg, take your time ok!

Bolehlah sikit-sikit sebut Panda, and part paling nak gelak guling-guling time aku tanya dia ni apa...


Dengan slumber dia jawab .."passsshhh" atau nama sebenar lipas. Hahahaha. Kesianlah kau rama-rama, disangkakan lipas! 

Pengarang pun satu, isnt rama-rama supposed to be in pink, or pastel... sweet2 colour patutnya!Huuuu

Saturday, February 23, 2013

2nd Anniversary

On my 2nd Anniversary,

I made this for my husband,



With so much love for him, pavlova!

Friday, February 15, 2013

Wedding Guest Book

Dah kenapa tiba-tiba kan?

Dah nak masuk 2 tahun kahwin pun. Tiba-tiba pulak.

Just to share macam mana aku hasilkan wedding guestbook aku dulu. sebab dulu tak post in details, gambar pun kecik aje. *segan*

and post wedding guest book ni yang paling mendapat sambutan. so aku share lah ye. dulu masa aku preggy ramai yg email tanya. ada yang aku reply. ada yang tak. maafla, maybe korang dah kahwin pun sekarang... mesti paham kan feeeling-feeling preggy macam mana.

dengan takde mood. dengan penat.

since February bulan ulang tahun perkahwinan. izin kan aku tumpang lalu & cerita sikit.. lagi jimat kalau boleh buat sendiri. aku paham sangat perasaan b2b, selagi boleh jimat kan.. (rindu pulak saat tu!)
Aku buat sendiri guestbook ni. maksudnya tak tempah dengan sapa-sapa.

Utk cover aku guna canvas, tempah gambar printed atas canvas, and cost dia baru lebih kurang rm50 macam tu utk cover. Kelebihan canvas ni, kerna air pun tak serap kan. so cantik sangatlah utk jadi cover.

Then aku beli paper size A4 yg lebih tebal dari biasa, so tak tembus ke belakang. Biasa kita guna magic pen and etc kan.. so kertas ni selamat lah, cun je bila orang tulis.

Then kertas, cover ni semua aku bawak kedai yg buat binding untuk thesis tu...so siap!

Bunyi macam mudah kan. Hehehe..Memang straight forward, tapi bile benda DIY ni, memang leceh sikit lah. Tapi puas hati. Kalau kita beli dah siap, bersepah banyak dekat kedai kan. Cuma, kurang kelainan sikit lah. Kalau dari hasil idea sendiri, sampai bila-bila kita tengok kita akan kenang. =)

Selamat membuat preparations b2b.

Follow me on instagram uolls! bye!


Tuesday, January 29, 2013

Homst

Last friday pergi makan dkt Homst Restaurant.

Homst ni menjual makan Chinese. Biasa kalau teringin chinese food, memang pergi
Restoren Abdullah Chan je. Tapi kali ni craving for something special, yg takde dijual dkt situ.

So balik after work buat muka seposen dpn MF, mintak ehsan kasih simpati utk bwk pegi Homst.. Sejak kahwin, memang malassss gile nak drive. Pergi mana2, MF kena jadi mangsa. Kecuali pergi kerja, kenalah drive sendiri.

Tapi, atleast time lunch dengan kawan-kawan, bile sampai turn aku driving, aku tak penah menolak..

Nak-nak bagi alasan, aku takutlah nk driving!aku berani jalan ulang alik dari rumah ke office je. Sorryyyyyy! Alasan macam ni memang tak boleh pakai ok...!

Ok berbalik pd cerita tadi, sebab unfamiliar with the road, kitorang guna Waze je, dah la minyak kering, terlepas stesen minyak, lepas tu salah jalan. Mujur jumpa u-turn. Fuhhhh selamat, ade stesen minyak jugak! Dari dalam perjalan asyik terbayang benda yg aku mengidam tu. Dah tengok dkt website Homst, memang ade menu tu!


Enviroment restoren yg okla. Meje tak crowded sampai nak berlaga kerusi dengan org meja belakang.  And takdelah dengar orang meja sebelah bergosip pasal kehidupan dorang. Penah ok, aku pasang telinga. Dah tu cakap kuat sangat, topik pun menarik. Hehehe

Kitorang order Lala masak halia, tauhu, pau jagung manis and menu idaman aku, ketam soft shell masak telur masin *lap air liur..

Oiiii sedapnya. Menyesal pulak tulis post ni. Terus terasa nak makan lagi..

Ya Allah sedapnya ketam soft shell.. mana nak beli yg mentah eh? Nak masak sendiri je. Jimat sikit. Nak makan 1 kg, boleh?

Air aku order teh tarik je, malas fikir sebab tengah hujan2 dapat minim air  panas memang layanssss. MF cakap tak sedap, tapi aku rasa sedap semacam. Hehe. Dia guna fresh milk kot, so tak manis sangat tapi pekat.

Ketam soft shell- pau-lala-tauhu. Memang sedap! Ketam soft shell sedap, pau tu kitorang beli untuk Reyhana. Yes, lembut and inti tak terlalu manis. Tauhu fresh gila. *lap air liut lagi.

The only thing yg aku kureng sikit is lala halia tu. Sedap!tapi macam kan biasa korang masak lala ade lala busuk tu kan. Yang hitam tu. Memang spoil gile bila ade dalam hidangan. Overall memang ok.

Ok tu je. Singgah website WWW.HOMST.COM.MY layan perasaan makan jap...


Saturday, January 26, 2013

Kesah Reyhana dgn Bangla

Reyhana is 14months old now..

Time really flies. Dah setahun dua bulan umur dia. perangai maintain cute & makin kelakar..

Alkisahnya, suatu pagi nan indah dihujung minggu. Time tu aku kat dapur. Isteri harapan tgh basuh pinggan and bancuh cekodok uolls..tiba2 dikejutkan dengan bunyi loceng yg kuat.sbb inproper dress up, and terlebih cun di pagi hari rase malas nk tgk sape yg sebok ding dong loceng rumah kitorang. Reyhana macam biasalah, ratu kepochi. Dengar ding dong berlari depan pintu. Kebetulan time tu pintu terbukak.

Aku pulak intai dari jauh je melalui sliding door, kalau intai dkt sangat org yg ding dong tu nmpk pulak.. rupanya bangla mesin rumput.. MF pulak takde time tu.. so mcm tunggu sekejap kot bangla tu nak beredar dgn sendirinya...

Tak ok. Gigih picit loceng lagi.

Tak fikir panjang, terus ckp dkt Reyhana,

"Cakap dekat bangla tak nak" sambil aku buat tangan lambai2 yg membawa maksud TAK NAK!

Sekali Reyhana cakap bende yg same!!!!!

NO!HAHAHA. THATS TOO MUCH FOR 14MONTHS OLD KID.

Tapi , she started to wave giving a signal TAK NAK to bangla tu. And i was suprised, tapi senyum. Cm proud mummy, bole?haha.

And i heard the bangla was laughing from outside. Cam gelak ingat anak dara aku ajak berkenalan agaknya. Hisss.

Then aku repeat the same thing. "Reyhana, cakap tak nak sayangggg...." and aku wave hands again.

She waved her hands again. Dua tangan ko! "Jangan main2, aku betul2 tanak ni!"

And bangla potong rumput tu blah. Tak taula die paham signal Reyhana or boring cakap dengan budak umur setahun.

Lepas tu aku pun gelak gila-gila. Shes acting TOO CUTE. Chomelnyeee geram! I believe she gets my message yg aku tanak, but she can only wave her hands. Hehehe.


Reyhana, styling the cekak with her own personal way. Dah letak macam biasa, dia ubah buat mcm tu. Ikot sukalah Reyhana oiiiii...


Wednesday, January 16, 2013

Say hi , byebye to Cik Li

Cik Li ni name manja penyewa tak diundang rumah aku.

Tubuh dia coklat2 hitam and banyak kaki. Memang tak cute lah pendek cerita.

Mula2 rumah kami is totally cik li free..bangge ghitukan.. pembersih la katekan... but there was one point tiba2 cik li sekeluarga pindah menyewa rumah kitorang.

Like super gross. Takdelah every where pun dorang ade... tp memang dorg xsegan lah nak lalu depan kite.

Macam,"ko apehal?sewa dah bank in kan?"

Siap naik tangge same2. Apekah??

MF bought la ubat2 penghapus cik li dkt shopping mall...

Tapi same, hidup sihat je.. siap beranak pinak. Dr super size sampai la baby... smue ade. Especially dkt tandas. Mayb iklim sesuai utk buat famili gathering smue..huuu

Memang rimasssss sangat2.

Then we figure out yg cik li ni berasal dari area rumput yg baru MF tanam. Sebab pernah nmpk cik li sekeluarga berkeliaran situ... siap poopoo dkt dinding rumah kitorang. Memamg gross. Nak muntah aku tengok perangai cik li sekeluarge...

Lastly terjumpe solution sebenar.. shieldtox outdoor! spray dkt luar rumah,saliran air dkt tandas and tingkap. Esoknye tengok cik li sekeluarge dah babai... ever few days after masih ade yg mati walapon kitorang dah x spray... now xjumpe lagi cik li.

Bye bye cik li. Tak sedey plisss

Tak silap, 1x spray bole tahan for 6months.

Korg try la...




Wednesday, January 2, 2013

Erti 2012

Its 2013 today ladies!

I still remember, i started my 'life' in 2012 a bit later.

I was off to maternity leaves for 3months,and come back to work  somewhere in February.

I emailed my boss to approve my first implementation of 2012,

Hey boss..pls approve my job spec 2011-7890..

Kool kan dengan bos hey hey je!hahaha...tipu!

He replied me back, still living in 2011?

Hahahah.

Probably nothing big happened to me in year 2012.  2011 was much more happening, been
married to a gorgeous man, MF and safely delivered a beautiful princess.

Ohsem sungguh year 2011.

2012 wasnt that bad indeed. Been promoted at work. Oklah dari programmer jadi system analyst. Syukur..

2012 banyak mengajar erti kehidupan and tanggungjawab. and banyak sangat dugaan yg mematang dan mendewasakan ibu muda mcm aku. (Baru umur 26 ok uolls)

2012 adalah tahun untuk belajar dan mempelajari.

And syukur, towards the end of 2012 i found inner peace in me. Syukur, i hope it isnt too late to change. And to my love MF thank you for being my backbone, you are super supportive and a wonderful gift from Allah to me..


Brand new me, in plain wide shawl tailored by Qeesha.com
Abaikan wajah Reyhana. Mmg suka buat muke pelik dpn kamere. 



Monday, December 24, 2012

Jangan lupa dapatkan majalah Dara 2013


Because why?????????

Qeesha.com is inside it. Hehe

Cover, Yuyu Zulaikha. A very famous blogger!

Best sgt gaya tudung n style 2013. 

Dapatkn di kedai for bigger size image!








Friday, December 21, 2012

Annoying drivers

Situation #1

You are late to work.. and there's a long queue at the traffic light.

"Boleh lepas ni...." told that to myself.

Tiba2 one of the driver took more times than he should utk u-turn or masuk kanan..

#/@$^$%×^×/&$×*/#&/#&/@^

Kan dah lambat!

Situation #2

Peacefully driving at the middle lane. Tiba-tiba emergency break.. just because ada driver yg bawak super slow in front.

Xbole nak masuk kanan, sebab ferrari dah high beam dari jauh.

Nak potong kiri pun xbole. Another super slow cars driving at left lane

Grgrggrgrgrgrgg

Situation #3

Again peacefully driving at middle lane..

Then datang satu kereta laju gile.. like takde common sense ke nak cucuk2 dkt middle lane while lane paling kanan kosong!

Then himpit2 pulak from left lane. Padahal dpn die bas.. again sebab sifat perikemanusian bbg die lalu himpit dari kiri.

The point is.. kan kanan kosong. Yang nak himpit jugak aku dengan bas ni kenapa?????

&#^£÷/@;/#^#?/ AGAIN!

Situation #4

Paling annoying!

Kereta banyak at all lanes. Sebab nak cpt stay dkt lane paling kanan...

Tiba2 ada datang makhluk sorg dok high beam and cucuk2 while kat dpn kereta dah beratur..nak masuk lane tengah pon xbole..kereta beratur..

So nak soh aku wat ape? Terbang and bg ko laluan?

&#^£#;÷^&@/#;;_*+(;&@#$/&

Dah xlarat nak ngamuk membentak dlm kereta . Buat habis energy je...sampai office tudung pon dah senget benget. Senyum pun dah x semanis suria lagi...


So bos..tula reason sy dtg lmbt selama ni...hehehehe

Susahnya nak berubah daripada maki maki...tukar kepada istighfar
.

Tapi bila fikir.. mana aku nak cari balik n minta maaf org yg aku maki tadi.

Kenal pon tak.

Semoga aku istiqomah utk berubah. Bye!




Monday, December 17, 2012

Hye!

When was my last update?

Hehehe.Seems like i've been totally busy with my life, as a wife, mother, daughter and as a muslim.

I remember when i first created this blog, it was fully dedicated to my wedding. Once i'm married, it was like a forever good bye to the blog.

I've stopped blogging,totally!

I do miss blogging sometimes. There's so many times i wish i could make a come back (retisss ghitu).. but life hv been more than busy..

Girlsssss.... i finally got my own instagram acct!hahaha.

Ni bukan ketinggalan zaman dah ni... ni mati hidup semula org panggil. But i make it private, sebab ade stalker... hahaha. Lurus btol!

Lets be friend on instagram. Do add me! @durruz

Mcm ni eh?

Ok noob sekian.

Do expect food photography there!

Till next post! In sha Allah. May Allah bless us all








Saturday, May 5, 2012

Reyhana's Developments & Habits

Reyhana now is 5 months 3 weeks young.

Cepat masa berlalu. She is happy growing baby.


Reyhana's sleeping on mattress we bought at Nilai 3. Mattress thickness is about 2cm. Inside is kekabu. She's happy playing and rolling on the mattress. Lepas penat bermain (read mengesot badan ke belakang) she will end up sleeping at the edge of the mattress. Sometimes, tinggal kepala je atas tilam. So cute!

Reyhana is able to stand on both of her hands and feet. Tapi masih tak berjaya crawling. Hehe. Dia cuba hayun badan front and backward. But still has not able to figure out she needs to move her hand to start crawling. Mengamuk and menjerit marah...

is crying sebab still tak dapat merangkak.

however, we were amazed when she accidentally sat on her own yesterday. you are trully amazing baby! Mama sayang awak!

tapi lepas tu cepat2 betulkan dia. takut sakit pinggang dia nanti..

lepas tu sambung mengamuk sebab tak berjaya merangkak. salah step, terlebih angkat bontot. macam mana nak merangkak syng...

aiyohhh.. kena la belajar merangkak dulu baru boleh berdiri.

sometimes bila dah penat meniarap she will pose like this. tongkat dagu. hehe


we really cant wait to go to Baby Fair next weekend. Like seriously, mama is so excited to start solid food with Baby Reyhana...See how much they can offer us on Little Bean's 2in1 food steamer & processor.

Mama's blog has turn to Reyhana's diary. =) Thinking of changing my blog's layout. InsyaAllah bila jumpa yang berkenan nanti.

Till then, meet u again!

Friday, April 20, 2012

Reyhana 5 months old today!


Alhamdulillah. Hanya pada Allah seluruh kesyukuran dipanjatkan atas kesihatan & perkembangan yg baik for baby Reyhana.

Hari ni Reyhana genap 5 bulan. She is happy growing baby. Another 1 month to go for exclusive BF. Mudah-mudahan murah rezeki Reyhana. Mama kena kuat semangat! yeay!

I wish to share some BF tips, macam mane nak banyakkan susu?

to be true, 3 days at the hospital memang susu sangat2 kurang. kalau dapat meliputi base botol (pump method) pun macam dah gilang gemilang. pencapaian terbesar. memang rasa down, nak2 bila hantar susu dekat nursery, nurse tanya banyak tu je ke susu? senyum jelah.. dalam hati macam kena cakar jugaklah..

terkenangkan susu kolustrum yg sgt2 penting utk baby. kuatkan semangat jugak...

Kepentingan susu kolustrum:
"kolostrum di ibaratkan sebagai suntikan imunisasi pertama yang diperolehi oleh bayi sebaik sahaja dilahirkan dan mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal. Selain SIgA, ianya juga mengandungi Lactoferin, Lactalbumin, Glycoprotein, Cytokines dll) yang membantu melawan virus, bakteria, jaundis, alergi dan toksin." - http://www.babynme.com.my

nak kenal pasti susu kolustrum, warna dia kuning-kuning cair. and memang tak banyak pun. tapi sebagai first timer, memang tak reti kan so memang risau sangat2 baby tak cukup susu.

masuk hari ke dua, terus mintak husband belikan horlicks 3in1, sikit2 minum horlicks. sebab nak banyakkan susu. tapi still sama. seciput je susu yang keluar.

hari ketiga dah boleh keluar hospital, terus ajak husband beli susu formula.. tapi tak tau cam mana on the way tu tak teringat langsung nak beli.. And reyhana time tu belum bole DF, so memang sua botol je... kelam kabut pump..

Alhamdulillah. ada jauh lebih banyak dari sebelum.. =)

TIPS:
1. Minum horlicks sampai dah xleh pandang paket horlicks
2. Banyakkan minum air.
3. Makan sayur sawi for every meal.
4. Tengok gambar/ video baby sambil pump. Bunyi macam pelik, tapi cubalah!
5. Berdoa minta pertolongan Allah

dan sehingga hari ni Reyhana kekal minum BM shj.

*BM : br*ast milk, BF : br*ast feeding, DF: direct feeding.

Thursday, March 15, 2012

Labour experience

Aku tau sedikit terlewat.eh tak, sebenarnya sebanyak terlewat nak post pasal labour experience. Baby Reyhana pun nak masuk 4bulan dah next week. Tapi sebagai catatan kenangan. esok dah tua belek-belek blog (erks?), boleh igt balik saat2 genting melahirkan baby Reyhana.

18-Nov-2011

Pukul 6 lebih bangun solat subuh rasa semacam ada air mengalir. Cek-cek tengok.. ada air keluar dekat kaki. Warna jernih & tiada bau (air ketuban). Masa tu terus kejut MF, masing-masing blur. dah time ke ni?

But then, tunggu jugak bunyi 'pop' macam ade sesetengah org cakap kalau kembar air tu kan. sampai habis solat siap mandi nak pergi hospital. no more air keluar. since masa tu dah 38weeks. both of us decided pegi terus hospital jelah. dalam kecemasan sempat suruh huda bbm gambar gerai nasi lemak.

teringin nak makan nasi lemak sgt2. masa tu pk... janji dapat makan ni. nak bersalin lpas tu bersalin lah...thanks babe! dapat aku baham nasi lemak sambal sotong. slurps!

berlakulah lencongan instead of pergi hospital, kitorang beli nasi lemak. tapi lepas tu MF terus pecut pegi hospital.

i keep telling myself. i can do this. padahal tak start real pain lagi. hehehe. contraction baru bagi salam ghitu...

sampai hospital, doktor cek ada bukaan 1cm. dalam hati....oiii jauhnye nak sampai 10cm. kena tahan ward due to leakage. but air ketuban is still enough for baby.

the next day, doktor cek lagi, still bukaan tak banyak, and they start to induce me every 6hours camtu. second induce pun sama. still bukaan tak banyak. contraction makin kerap. siap pegang2 dinding tahan sakit. stress pun ada setiap kali doktor/nurse cek memang bukaan tak banyak. walaupun aku dah menggigil tahan sakit kat situ.

but i keep telling myself. this isnt the time yet.ini belum sakit kaw-kaw lagi ni. because i still can bear.

19-Nov-2011, 10pm

Doktor check whether the 2nd induce ada perkembangan tak. still same. masa tu rasa macam nak nangis pun ada. huhu...and they brought me to labour room for 3rd induce. after all the procedure induce and masukkan epidural, sebenarnya memang tak nak. tapi doktor konfiden cakap awak tak tahan ni. tensen aku! so ambik jela. aku boleh tertidur. MF too. gila betul! dah 3rd induce pon tertidur. because i was too tired. :(

at 12.30 macam tu doktor datang cek. still no more opening. and heartbeat baby drop to 50. Seriously, memang aku nangis time tu. Nak sangat-sangat deliver normal. Tayah contoh jauh-jauh lah. Mak boleh lahirkan 6orang anak. kenapa aku tak boleh?

eventho kitorang masih boleh try for normal, sebab doktor bagi 12hours after 3rd induce. suka tak suka. nak tanak kena beranak jugak. in the end, tengok heartbeat baby sgt2 tak stabil kejap tinggi rendah. kitorang end up decide go for c-sec.

20.11.2011,

Jam 140 pagi Reyhana selamat dilahirkan. Alhamdulillah. syukur sangat2.

siapa cakap operate tak sakit, meh aku cubit! beranak mana yang tak sakit. either normal or operate ada sakitnya tersendiri. untuk kes operate, until now masih sakit lagi. tapi percayalah. still boleh bear kesakitan tu, insyaAllah.

Bak kata Mak, sabarlah. Bukan senang seorang anak nak beri syurga buat ibunya.

InsyaAllah nanti cita perihal berpantang pulak!

TIPS: Untuk kurangkan rasa sakit time kena seluk/ cek bukaan. tarik nafas dalam-dalam masa nurse masukkan tangan. cuba tahan nafas atau curi2 nafas masa proses tu. InsyaAllah pain dia taklah teruk sangat. Masih boleh tahan ;)

tapi kalau suruh aku lalui lagi now, tak dulu kot....grgrgrgrgrrr....

Selamat bersalin buat semua rakan-rakan/bloggers yang bakal bersalin tak lama lagi. Semoga dipermudahkan. banyakkan berselawat, istighfar, kalau boleh mengaji quran lagi bagus. InsyaAllah, Allah bersama-sama org yg sabar.

Sunday, March 11, 2012

Reyhana dah pandai meniarap!

Yeay!

Alhamdulillah!

First time dia berjaya meniarap, was at 12.30 midnite on our 1st anniversary, 18Feb2012. Tiada hadiah yang lebih bermakna, thanks Reyhana.

Anak mama sangat sweet. She made it twice. Yang first dia macam blur and senyap je. Me too. Second time dia try lagi, and terus menjerit-jerit gembira. Hahaha. Aku pun kecoh siap kejut husband yang dah tido bangun.

Lepas tu... dia as normal cuba meniarap lagi tapi tak lepas. tak tau miracle apa malam tu dia boleh. hehe. Apa pun anak mama ni memang sweet sangat.

And now, alhamdulillah. dah tak susah dia nak turn badan. cuma die belum pandai rolling cam hindustan lagi. dah pandai sok bentang toto tidur atas lantai la kita ye Reyhana. Say babai to katil...nooooooo!

sobs


Gambar Reyhana meniarap @nursery. Sent by nursery owner. ;)

Reyhana now 3months plus. Semoga anak mama terus mencuba sesuatu yg baru. Mama sayang dia. Love!

Thursday, February 2, 2012

i'm back!!

wahhh.. ghitu kan tajuk post. macam lah orang heran. huhu

i was away for few months sebab terlalu busy. =(

great news from me. we are now three happy family. MF (laki ku, kot la korang lupa name die sebab dah lame sangat aku tak blog kan ) , myself and our junior.

she was born on 20.11.2011 1.40pagi (memang aku lembab update. hehe. adapting lah kata kan)

insyaAllah ada kelapangan akan cerita pasal my labour experience here..

so here, introducing

 Reyhana S bt MF - Day 1.

 Reyhana S . 2 months 2wks

sebelah tu saje tayang mama die. dah kurus :p

open this one for rental. berminat?


no no no. not that ladies. those are my sweetest girlfriends ever.

cushion kaler2 tu. i got about 9 of them (kena check balik) let me know if u are interested
sedar tak sedar. its february again. month of love!memang campur aduk post aku ni. orang kemaruk baru dapat keyboard. haha.

see youu!












Sunday, October 16, 2011

Cooking and me throughout pregnancy

Mungkinkah aku mengandungkan bakal iron chef?  pftttt. macamlah masak sedap sangat kan.

i'm now at week 33. semakin cepat penat, berwajah pucat tapi tetap maintain glow, bak kata nabila. hehehe. tapi semangat memasak memang tak pernah kurang. ada je resepi baru ( baru utk akula) yang nak aku cuba. kalau berjaya buat rasa puas and happy sangat.

latest. my baby craved for salmon. opss... bukan sahaja nak makan salmon grill, TAPI dia craving nak masak sendiri salmon grill. kerna kasih dan sayangkan baby, both us, me n MF berusaha tunaikan hasrat dia.

Made this, salmon dengan sos putih with mashed potatoes and salad. 
super sedap. and easy too. 

rupa jangan tengok. :p

baby start terlonjak-lonjak bila aku start cooking. and terus bersorak gembira lepas dapat makan.

Made this during bulan ramadhan. Masa tu second trimester, it was indeed most comfortable trimester among all. siap boleh buat 4 jenis kuih raya (with help, MF). Then balik rumah Mak, tolong dia buat kuih and kek lagi.



bawal stim. ya Allah sedapnya. bukan niat nak puji masakan sendiri. if guys try pun mesti sedap.  aku suka gila makanan berkonsepkan stim and sup. nak makanan kedai kadang-kadang mahal. so buat jelah sendiri. mudahhhh & dijamin bersih.



and soto ayam. proudly berjaya buat bergedil daging. senyum. siap masak hidang untuk Mak & Ayah datang beraya lagi.

and theres a lot more. tapi yang lain-lain tu masakan harian normal sahaja.

kann dah cakap tadi, mengandungkan iron chef. suka gila memasak!

Another 3 weeks to go before my little baby full term. Doakan kami kuat and mudah urusan.insyaAllah.


Jumpa lagiiiiiii!







Wednesday, September 28, 2011

Dietary Supplement

i've lost my words.
 
sebelum berakhirnya Syawal,  allow me to wish my dear readers (kalau masih ada),

Selamat Hari Raya Aidilfitri.~

Been busy @office/ hal2 baby / prepare pindah rumah. Blog sendiri tak bukak. Blog orang lain pun dah lama tak ziarah.. =)

alhamdulillah, coming oct we're going to move to 'home sweet home'.

told ya. i've lost my words. serious tak reti nak blogging dah. barangkali side effect menyepikan diri. or kesan telan kalsium & obimin pluz. :p

to be true, aku memang suka escape makan ubat. nak2 obimin pluz yg besar bagak, nak telan pun rasa &*#@^$# *segala jenis mimik muka keluar.

i did not take neurogain. doktor aku pun tak pernah introduce. datang member dok tayang neurogain, menggelabah lah aku, masa tu dah exactly 7months. Google, ramai cakap stop by 7 months. or was it 8 months? entah aku lupa. Terus sms MF, mengamuk kononnya, doktor tak bagi tau pun!

Google more.

Rupanye Obimin pluz kandungan dia dah cover semua, obimin and neurogain.

:p

Buat yang tak rajin makan ubat (saya!) just ambik obimin pluz + kalsium je dah cukup. 

Sekali sekala nak escape ubat, gantikan dengan susu/ pisang/ cheese. Nak kata tak cramp langsung (aku baru je kena semalam). Tapi alhamdulillah. taklah sekerap mana. so far, less than 5. Mudah-mudahan tak kena dah lepas ni.

Thanks to those pills jugak, sepanjang Ramadhan memang ambik hari-hari masa sahur. And alhamdulillah, me and baby berjaya puasa penuh. =)

Tips kekal cergas sepanjang Ramadhan masa mengandung ( dalam keadaan berpuasa)
1. dont skip those pills.
2. kalau malas sahur, atleast makan kurma 3 bijik and minum air panas.
3. makan nasi at least 1 kali sehari. berbuka/ sahur.


walaupun orang sekeliling memekak suruh bukak  je puasa. ( sebab office aku majority non-muslim) insyaAllah kita boleh. Yakin dgn Allah SWT.

jumpa lagi!




































Sunday, July 31, 2011

First trimester

I'd completed my first trimester weeks back. *teehehehe* , only now got time for the updates. I came to know that I'm pregnant at week 3. Friends start guessing as my face was a bit pale, but deep inside i felt energetic actually. I start to suspect that I'm pregnant when we're both came back to Bangi (from somewhere), i cant even smell bawang and fuel. like nak muntah. It was by right at my first week of my pregnancy. i had this unsure feeling, takkan lah kot kan! Weeks passes, but still berdebar for the next cycle. Some signs start to show at Week 2 and Week 3. And so.. I came to know that I'm pregnant on my menstruation day itself. Doctor smiled to both of us saying, there's double lines. Macam tak percaya. sebab aku tengok macam tak ada apa-apa. but it slowly starts to show, but blur. Kitorang tak ambil gambar, nothing. Sebab both of us so damn blur. Teeeeeeeeeeetttt!

Masih tak percaya. I asked the doctor, are u sure ? how sure are u? another Teeeeeeeeeeeeetttt. Hehe.

95% he said. Tak menyempat-nyempat on the way back, I called my Mak. Dia tak percaya, kitorang lagi tak percaya! Hehe

We had Ketam masak cili for dinner. Husband tapau for me at Restoren Chan, Bangi. Aku menangis berguling, teresak-esak atas katil just because nak sangat-sangat makan ketam. Never in my life i did such thing, just because of fooodddddddddd :p. eventho im food lunatic, tapi tidaklah sampai menangis sebab makanan. Haha.

My baby first ever craving checked. Satisfied. Thank you husband.

At Week 6, I start vomiting. It wasn't a good phase for me, most of time, what i ate, will end up in toilet bowl. Poor my food. There was one time (maybe more.) i menangis sebab muntah teruk sangat-sangat. I just can't accept food. Apa lagi nak memasak, kan? hahaha. Memang first trimester was a very sweet escape from cooking & doing house chores. Hehe. Asyik muntah and sakit badan, especially lepas bangun tidur, I cant really bangun. Satu badan, hanya Allah tahu bagaimana sakitnya. Husband suruh kuatkan semangat and be strong. Thank you Husband. He now call himself our baby's superhero. =)

To list down my food craving during first trimester, there were to few to tell. I love juice tembikai so much. Hari-hari aku cari, sedap sangattt bila dapat. Pernah sekali dapat yang a bit masam, pun aku telannn... The best tembikai juice ever won by Restoren Sri Cempaka,PKNS Bangi. Sedap sangat. :p. I even try jus belimbing, and i like it!

My baby is so much like Ayah dia. Suka minum jus tembikai and belimbing.

I got to adapt to new thing every Thursday of my first trimester, as my baby entering new week. Wajib ada perkara baru, kalau bukan perkara yang betul-betul baru, mesti lebih teruk dari sebelumnya.. Terima Kasih Allah, for giving me 'ujian' phase by phase. Bukan sekaligus. Alhamdulillah,and i able to cope with my first trimester. Things get worst at the final week of my first trimester, and first few weeks of 2nd trimester. And now, Alhamdulillah. I'm really at my comfort phase of pregnancy. Senyum.

During my first trimester, i DID NOT EAT CHICKEN MEAT at all. Memang tak suka. It tastes like rubber, boleh? Obviously, my baby the one yang tak suka ayam. not me. I dont really like fish too. Tak tau kenapa. The smells of this two can kill my appetite. :p. Most of the time, i eat daging lembu and eggs aje. But now tidak lagi, I can eat any types of poultry meat. Alhamdulillah. =)

Till here, lets meet again in the next post, wedding photograper review, maybe?

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga bulan beribadah ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya, jaga kata-kata, jaga mulut, jaga mata, jaga perut. Mudah-mudahan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Jom kita tingkatkan ibadah, syukur kita bertemu lagi dengan Ramadhan.

See you when i see you, bye!

myself, at 21 minggu. @company dinner, with my friend.



















nRelate

nRelate